Wednesday, April 22, 2015

Hashtag Rindu Sekolah



Hai! Assalamualaikum, selamat pagi , selamat tengahari, selamat petang dan selamat malam. Fuhh. Lengkap tak ayat aku? Hahaha. Hari ni titew nk ceritew pasal pengalaman titew jagew pamewran buwkuw. *wuuu terbelit lidah bakhangg hahahaha.

Macam ni ceritanya…
Waktu tu waktu malam. Nak kata hening pun macam tak berapa hening je malam tu. Bintang pun seriusss aku cakap. Satu apah pun aku tak nampak! Bulan lagilah. Memang tak nampak langsung. Seriusss! Tak tipu! Pelik kan?! Tapi bila diingat-ingatkan balik ekceli kann..errr aku dalam rumah waktu tu.. Jadi apa pun tak nampak. Hahaha. *Sengal

Tengah seronok layan rancangan apa ntah aku tak ingat namanya, tiba-tiba aku terdengar bunyi something. Omgeeee. Terkezut ‘mak’. *Ingin aku tegaskan kat sini aku belum kawin lagi taw. Belum jadi ‘mak’ lagi. Bujang tratantang lagi gitew* Bunyi tu betul-betul buat aku tersentak. Bulu roma aku naik ke tak aku pun tak pasti dah waktu tu. Tapi pokoknya waktu tu dahlah malam. Siapa yang tak terkezut bhaiii..Then aku cepat-cepat cari telefon aku tak peduli hape dah. 

Lohh. Bunyi mesej whatsapp masuk rupanya, cettt! Rupa-rupanya cikgu mintak tolong 2 org ex-student batch kami untuk tolong cikgu handle pameran buku kat sekolah. Demi adik-adik juniors kamu yang tercinta katanya. Hemmm..Memandangkan aku pun memang tengah pishang tahap cipan waktu tu, aku dengan bahagia dan berbesar hatinya setuju nak tolong cikgu. Seorang lagi aku ajak kawan setaman aku..capital A. hahaha kayy ajet sangat kat situ nak capital bagai..hahaha. Tapi capital A ni perempuan ye. Bukan pakwe ataupun candy ‘crush’.

Malam tu kami dua ekoq..err I mean dua orang berhempas pulas memerah otak memikirkan baju apa nak pakai esok kat sekolah. *Pelik..nak pilih baju pun masalah ke ? hahaha. Ntahlah nak. Malu pun ada rasanya. Yolahh, datang sekolah balik. Jumpa cikgu nan juniors semua. Segan tahu…Tup-tup ada satu mentol menyala atas pale aku ala-ala cerita kartun gitew.  Bercahaya dengan sangat terang. Perghh. MEENNYYIILLAAUUUKKAANN. Hahaha. Idea dah datang dah tu woi. Nih idea gila aku. 

‘Wehh,apa kata kita pakai uniform sekolah? Senang sikid..Takde siapa cam kita’ Motif nak pakai baju sekolah? Supaya kami tidak dicam dengan mudah. Bayangkanlah..kalau pkai baju biasa ternyata amatlah terang lagi bersuluh dan menarik perhatian rakyat sekolah. Hahaha.  

 Waktu tu aku dah terbayang dah, kitorang menyeludup masuk time perhimpunan dan join mereka mereka sekalian. Hahaha gila tak gila. 

Masalahnya satu je. Tatau nak masuk barisan mana. Hmmm..Buat pertama kalinya aku tersangatlah bangga yang aku ni rendah. Rendah ye bukan ketot. Bolehlah I join budaks budaks juniorsss. Tinggi pun lebih kureng aje. Mwahaha. Tapi at the end, kami decide nak pakai baju sukan sekolah aje sebab agak ekstrem rasanya nak berlakon pakai baju pengawas sekolah tu. Yep. Aku pengawas sekolah tau. Jadi jangan berani macam-macam! Hahahah. 

Esok paginya kami sampai sekolah gate depan dah tutup. Perhimpunan pun dah habis. Fuhhh nasib baik. Tanpa membuang masa walau sedetik pun aku terus call cikgu. Ecehh. Hebat tak hebat bawak henfon pegi sekolah. Hahaha. Dah habis sekolah ni jangan cakap henfon, korang nak bawak tablet saiz 32 inci pun buleh uollss. Kejap, ada ke tablet saiz 32 inci? Takpe..Suatu hari nanti mesti ada.Hahaha.Baiklah berbalik kepada cerita tadi.

Selepas bergurau senda dengan cikgu-cikgu yang kami terserempak sepanjang jalan, akhirnya kami sampai jugak  kat dataran blok d, tempat yang kami akan tolong cikgu adakan pameran buku. Rata-rata cikgu yang kami jumpa tadi semuanya terkezut beruk melihat kami. ‘Ni apekehalnya budak dua orang nih?’ ‘Apesal pakai baju sukan sekolah ni?’ ‘Dah dapat tawaran mana?’ ‘Ni mana sesatnya?’ See. Terkezut tak terkezut. Hahaha. Tapi kan, konklusi yang aku dapat hari tu , penyamaran kami TAK BERJAYA -___-

Alhamdulillah..disebabkan aku ni agak aktif la jugak kat sekolah *bukan riak * mereka menyedari jugak kewujudan aku di sekolah ituh :’) okeyhh terharuu…sedut balik hingus. Kang kena keyboard susah pulak nak taip. Euwwww. Hahahaha. Tapi betul lah, aku sangat bersyukur cikgu-cikgu still ingat aku lagi :> hehe..tak kurang jugak dengan juniors semuaaa..Trimas korang :* muahh cikedd.. Terasa hawt pulak itew bila juniors pakat tegur. Hahaha kayy dipersilakan muntah pelangi.

Ekceli pihak PTS dan BLINK yang datang sekolah untuk buat pameran buku. Sekali jual lah ye. Tapi dorang tak cukup orang sebab manyakkk sekolah dorang pegi dalam satu masa. Sebab tu cikgu mintak tolong kitorang untuk dua hari. Mula-mula aku ngan capital A ingat buat jualan buku kat Pusat Sumber tup tup dataran blok D. Pergh cayalah. Tempat cikgu ngan junior lalu lalang. Memang tatau nk letak mana dah muka ni. Nak letak celah buku pun macam tak relevan je. 

Masa jaga jualan buku ni macam-macam ragam aku jumpa.  Ada yang pandang sebelah mata je buku-buku ni ajet rumah ada library *p/s tak mustahil jugak rumah dia ada library kanss so, positive positive! Hahaha*, ada yang asyik tenung satu per satu buku-buku kat situ sampai nak tertembus *bayangkanlah waktu rehat dia tenung,balik sekolah kang dia datang balik dan sambung tenung balik -..- hahahaha

 Tak kurang jugak ada yang asyik mintak kitorang carikan buku yang dah sah sah takde kat situ *kayy yg ni memang sengaja budak-budak ni -..- Ada jugak tu yang buat muka comel ala-ala duckface gitew sbb nak dapat buku free dan tak mustahil jugak ada budak form 1 yang keluarkan persoalan gst dengan buku-buku yang kami jual =__=’’’(berpeluh)

Ya Allah..sabar jela..bijak betul budak-budak nih. Hahaha.  Overall, sepanjang dua hari tuh kami dua orang sangat enjoy jaga tapak jualan buku ;) Macam-macam ragam kami jumpa. Hahaha. Belum termasuk lagi cikgu sporting tanya soalan kbat.Perghh. Okay mungkin tak kbat sgt. Cikgu : ‘Eva, cer cerita pasal buku masakan ni. Apa keistimewaan dia sampai saya sebagai customer patut beli buku ni?’Pergh pergh pergh. (p/s cg yg tnya ni cg laki) Tak pasal-pasal pulak aku kena perah otak explain buku yg sah sah bukan aku yang karang kat situ..hahahaha cayalahh cikgu !


Alhamdulillah..rezeki Allah bagi..dapat pulak kami upah daripada cikgu dengan kakak pts tu sendiri. Seriusss, kitorang memang tak expect lansung semua ni. Kitorang just fikir nak ‘berbakti’ pada sekolah je *kayy skema sangat kat situ* Ahakss.Apa-apapun Alhamdulillah and thank you cikgu sebab beri kami peluang untuk create pengalaman baru dengan jaga pameran/jualan buku ni :) 

Sambil-sambil tu dapat jugak kitorang lepaskan rindu yang bertamu di Abu Dhabi *ehh silap bertamu di hati* kat sekolah ni. Percayalah~ korang bila dah habis sekolah mesti rasa rindu nak pergi sekolah balik punya. Hohoho. Tak percaya? Tengoklah nanti mesti ada yang buat status #rindusekolah :’( Percayalah anak-anak walaupun aku bukan mak kau , mak angkat , mak ayam, ataupun mak tiri hang(p/s aku bukan orang kedah). 

Okaylah sekian dahulu coretan daripadaku yang serba serbi penuh kekurangan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri aku sendiri. Bye bye Assalamualaikum! *p/s tak jawab dosa* Hehe